Difference between revisions of "Games/ms"
(Update translation following recent change) |
(Update translation, add notes on "creating subgame" (dev wiki needs separate account and I don't have it so I can't move the translation there)) |
||
Line 44: | Line 44: | ||
# Mulakan Minetest | # Mulakan Minetest | ||
# Pada bar ikon subpermainan (4), klik pada subpermainan yang anda ingin main. (Ketika mula kali pertama, subpermainan Minetest Game telah dipilih terlebih dahulu) | # Pada bar ikon subpermainan (4), klik pada subpermainan yang anda ingin main. (Ketika mula kali pertama, subpermainan Minetest Game telah dipilih terlebih dahulu) | ||
− | # Cipta [[ | + | # Cipta [[Worlds/ms|dunia]] baru dengan mengklik “Buat Baru” atau “New”. |
# Masukkan nama dunia, pilih [[Map generator/ms|Penjana peta]] (atau ''Map generator'') dan tekan “Cipta” atau “Create”. | # Masukkan nama dunia, pilih [[Map generator/ms|Penjana peta]] (atau ''Map generator'') dan tekan “Cipta” atau “Create”. | ||
# Klik pada “Mula Main” | # Klik pada “Mula Main” | ||
Line 120: | Line 120: | ||
== Mencipta subpermainan == | == Mencipta subpermainan == | ||
+ | Bahagian ini diambil dari halaman wiki pembangun bahasa Inggeris[http://dev.minetest.net/Subgames]. | ||
+ | |||
Subpermainan Minetest ada di dalam subdirektori ''games/''. Untuk mencipta sebuah subpermainan yang baru, ciptakan folder baru dalam direktori ini dengan nama tanpa selang (gunakan garis bawah "_" untuk menggantikan selang jika mahu). Dalam folder ini, cipta dua buah folder dan dua buah fail. | Subpermainan Minetest ada di dalam subdirektori ''games/''. Untuk mencipta sebuah subpermainan yang baru, ciptakan folder baru dalam direktori ini dengan nama tanpa selang (gunakan garis bawah "_" untuk menggantikan selang jika mahu). Dalam folder ini, cipta dua buah folder dan dua buah fail. | ||
Revision as of 17:05, 30 September 2017
Bahasa: | English • français • italiano • 日本語 • Bahasa Melayu |
---|
Dalam Minetest, “subpermainan” itu hanyalah nama pelik untuk “permainan”, tetapi ia boleh jadi lebih daripada sebuah permainan. Subpermainan berniat untuk memberikan pengalaman bermain yang lengkap dan unik dalam Minetest. Ia bukannya sebuah mods, tetapi sebuah permainan yang berdiri dengan sendirinya. Setiap subpermainan itu berbeza, kadang-kadang tidak sama langsung. Oleh kerana Minetest ini sebuah enjin permainan, sokongan untuk subpermainan menjadi salah satu ciri utama dalam Minetest.
Subpermainan lalai untuk Minetest ialah Minetest Game, tetapi ianya bukanlah istimewa atau “piawai emas” untuk Minetest. Masyarakat telah mencipta pelbagai jenis subpermainan untuk diterokai.
Pengenalan
Keterangan
“Subpermainan” ialah istilah teknikal; selalunya sesebuah subpermainan boleh menjadi permainan lengkap, sebuah kotak pasir, sebuah teka-teki, sesuatu di tengah-tengah antara mereka, atau menjadi sesuatu yang sangat berbeza dari yang disangka. Selepas memasang Minetest, “Minetest Game” dan “Minimal development test” (Percubaan pembangunan minima) sepatutnya akan dipaparkan dalam menu utama Minetest. Apabila pemain memulakan sesebuah subpermainan, kesemua mods yang ada bersama permainan itu akan digunakan.
Tangkapan Layar
Untuk memberikan gambaran mengenai kepelbagaian subpermainan yang boleh dibuat dalam Minetest, disertakan galeri tangkapan layar daripada pelbagai subpermainan:
Contoh subpermainan
Artikel utama: Senarai subpermainan
- Minetest Game (
minetest_game
)
Inilah subpermainan asal dalam Minetest. Ianya sebuah kotak pasir yang agak mudah tanpa sebarang arah tuju. Ia mempunyai beberapa biom untuk diterokai, 6 bijih untuk dilombong, sebuah sistem perladangan yang mudah dengan 2 tumbuhan yang boleh ditanam, pokok yang berbeza, dan banyak lagi. Anda boleh menggunakan bot dan pedati untuk bergerak lebih laju. Tidak ada sebarang haiwan atau musuh janaan komputer, jadi permainanya agak aman damai. Ia mempunyai semua jenis blok dan item serta kebanyakan benda lain yang anda boleh jumpa dalam wiki ini.
Gabungan “kotak pasir voksel” dan genre permainan lakon peranan yang mengambil tempat dekat kawasan Middle Earth dalam kisah triologi Lord of the Rings oleh J. R. R. Tolkien.
Sebuah simulasi berdekatan planet Zuhal (Saturn). Anda mengawal sebuah kapal angkasa kecil dan boleh terbang dalam kesemua tiga dimensi (sama seperti dalam angkasa) dan melombong bijih dekat asteroid, membuat penghantaran pakej di antara stesen angkasa yang berbeza, tatar (upgrade) kapal anda atau melawan musuh. Ianya sangat berbeza daripada subpermainan yang lain.
Ini pula sebuah lagi permainan yang kebanyakannya kotak pasir, tetapi lebih mencabar daripada yang lain. Anda bermula dekat planet Hades yang penuh dengan gunung api beserta lautan lava yang luas dan pembentukan rupa bumi yang tandus. Pergi melombong dan gunakan kemahiran pertukangan dan pembinaan untuk menukarkan tanah tersebut menjadi kawasan tempat tinggal yang indah.
- Minimal development test (
minimal
)
Subpermainan ini bukannya untuk dimainkan, tetapi hanya untuk tujuan percubaan dan pembangunan. Ia bukanlah permainan.
Sila lihat Forum Minetest untuk senarai subpermainan yang lebih lengkap.
Manual pengguna
Menggunakan subpermainan
Sekiranya anda sudah mempunyai beberapa subpermainan, ini cara untuk menggunakan subpermainan:
- Mulakan Minetest
- Pada bar ikon subpermainan (4), klik pada subpermainan yang anda ingin main. (Ketika mula kali pertama, subpermainan Minetest Game telah dipilih terlebih dahulu)
- Cipta dunia baru dengan mengklik “Buat Baru” atau “New”.
- Masukkan nama dunia, pilih Penjana peta (atau Map generator) dan tekan “Cipta” atau “Create”.
- Klik pada “Mula Main”
Di sini menu mod pemain perseorangan beserta nombor, dalam kedua-dua contoh ini pengguna telah memasang banyak subpermainan.
Contoh dalam bahasa Inggeris:
Contoh dalam bahasa Melayu:
- 1: Banting subpermainan: Selalunya di sini akan naik logo tulisan subpermainan semasa. Untuk kes ini, ianya “Minetest Game”
- 2: Ikon Minetest Game: Ini ikon untuk Minetest Game, subpermainan lalai
- 3: Nama subpermainan: Nama subpermainan yang aktif waktu semasa
- 4: Bar ikon subpermainan: Setiap ikon mewakili sebuah subpermainan, klik pada ikon untuk memilih subpermainan yang baru, klik pada anak panah untuk bergerak ke kiri atau kanan
- 5: Senarai dunia: Hanya sah untuk subpermainan yang dipilih ketika itu sahaja
- 6: Tetapan asas
Mencari subpermainan
Subpermainan pertama yang anda sudah ada ialah Minetest Game. Mencarinya senang sahaja. ;-)
Tempat utama untuk mencari subpermainan itu di dalam Forum Minetest. Hampir semua orang yang mencipta subpermainan akan menulis tentang subpermainan mereka di dalam aliran forum di bawah (semuanya dalam bahasa Inggeris):
- Forum Minetest: Penerbitan Subpermainan (Subgame Releases)
- Forum Minetest: Subpermainan Sedang Dibangunkan (WIP Subgames)
Anda boleh juga melihat subpermainan dekat laman web lain sekiranya anda berasa susah untuk mencari di dalam forum. Namun begitu, halaman-halaman ini selalunya tidak lengkap.
- Senarai Subpermainan
- Pangkalan Data Permainan Linux: Entri permainan untuk enjin “Minetest” (sangat tidak lengkap)
Memasang subpermainan
Kebiasaannya subpermainan diedarkan dalam arkib Zip (format arkib lain seperti .tar.gz
pun boleh digunakan). Ikut langkah berikut untuk memasang subpermainan daripada arkib:
- Dapatkan arkib yang mengandungi subpermainan yang anda mahukan
- Ekstrak (atau nyahzip) arkib tersebut ke dalam sub-direktori Minetest yang bernama
games
. Lokasi direktori ini bergantung kepada sistem pengoperasian anda:- GNU/Linux:
$HOME/.minetest/games
, di mana “$HOME
” merujuk kepada direktori rumah anda. - Mac OS:
$HOME/.minetest/games
, di mana “$HOME
” merujuk kepada direktori rumah anda. - Windows: ke dalam folder
games
yang dijumpai dalam folder atur cara utama di mana anda telah pasangkan Minetest. Ianya folder yang mempunyai folder lain sepertibin
(yang kemudiannya mempunyaiminetest.exe
),builtin
,client
,doc
,fonts
,games
,locale
,mods
,textures
, dll.
- GNU/Linux:
Subpermainan sepatutnya telah dipasang dan akan dipaparkan selepas anda memulakan semula Minetest.
Sekarang subpermainan baru anda telah dijumpai dan dipaparkan dalam Minetest. Anda boleh memilih subpermainan baru dalam mod pemain perseorangan dengan menekan salah satu ikon di bahagian bawah atau dengan mencipta dunia baru.
Bermain atas pelayan
Anda juga boleh “mencari” subpermainan dengan menyertai pelayan yang telah diubah dengan banyak. Walaupun kebanyakan pelayan mengehoskan Minetest Game atau (kemungkinan besar) permainan sama dengan perubahan mods, ada juga sesetengah pelayan yang mengehoskan subpermainan yang lain. Dengan cara Minetest dibuat, setiap pelayan boleh menjadi sangat unik. Menyertai sebuah pelayan merupakan cara yang bagus untuk melihat subpermainan yang boleh dimainkan melalui Minetest dengan segera tanpa perlu memasang subpermainan secara manual.
Pencarisilapan
Untuk membantu anda mencari lokasi yang betul, disertakan contoh senarai direktori untuk membantu anda pastikan subpermainan telah dipasangkan ke dalam direktori yang betul. Dalam rajah ini, direktori subpermainan ditulis sebagai “<SUBPERMAINAN>
”. Setelah dipasang dengan betul, pepohon direktori patut kelihatan lebih kurang sama seperti ini (ambil perhatian bahawa sesetengah fail dan direktori hanyalah pilihan dan mungkin tidak ada, tetapi kesemua direktori mestilah berada dalam kedudukan yang betul dalam pepohon sekiranya ada):
minetest/ ├── bin/ ├── builtin/ ├── (direktori lain yang tidak menarik) ├── games/ │ ├── <SUBPERMAINAN> │ │ ├── mods/ │ │ │ └── (selalunya ada banyak direktori mod) │ │ ├── menu/ │ │ │ └── (beberapa fail PNG) │ │ └── game.conf │ └── <SUBPERMAINAN YANG LAIN> └── (direktori yang sama seperti subpermainan di atas)
Ambil perhatian bahawa nama direktori subpermainan tidak perlu dikisahkan; anda boleh juga menukar nama selepas pemasangan awal. Namun menamakan semula direktori subpermainan selepas bermain tidak digalakkan kerana Minetest tidak akan jumpa dunia yang telah dimainkan untuk subpermainan tersebut.
Anda juga boleh menggunakan pemboleh ubah persekitaran MINETEST_SUBGAME_PATH
untuk mentakrifkan lokasi direktori games
, tetapi selalunya benda ini tidak diperlukan.
Mencipta subpermainan
Bahagian ini diambil dari halaman wiki pembangun bahasa Inggeris[1].
Subpermainan Minetest ada di dalam subdirektori games/. Untuk mencipta sebuah subpermainan yang baru, ciptakan folder baru dalam direktori ini dengan nama tanpa selang (gunakan garis bawah "_" untuk menggantikan selang jika mahu). Dalam folder ini, cipta dua buah folder dan dua buah fail.
- Folder mods/ di mana mods untuk subpermainan, iaitu kandungan sebenar, akan dimasukkan.
- Folder menu/ yang memegang beberapa benda diperlukan untuk menu utama Minetest.
- Fail game.conf yang digunakan untuk mentakrifkan nama subpermainan yang akan dipaparkan dalam menu utama Minetest. Buka fail ini dengan penyunting teks dan masukkan satu baris: "name = letakkan nama subpermainan anda"
- Anda boleh pilih untuk menyertakan juga fail minetest.conf yang membolehkan anda menetapkan pilihan yang Minetest akan gunakan. Fail ini boleh mengatasi beberapa pilihan lalai yang ada.
Sebarang fail dan folder yang lain tidak akan dipedulikan oleh Minetest. Namun anda disyorkan untuk memasukkan fail readme.txt untuk menjelaskan subpermainan dan menulis nama pencipta bersama versi terbitan.
Folder menu membolehkan anda menyediakan imej yang akan digunakan dekat menu utama.
background.png
, jika ada, akan digunakan sebagai latar belakang menggantikan animasi awan yang asal. Imej ini akan disaiz semula untuk meliputi keseluruhan tetingkap Minetest.header.png
, jika ada, akan menunjukkan imej pengepala, selalunya berupa tulisan yang digayakan, di hadapan latar belakang.icon.png
ialah imej bersaiz 48² piksel yang akan digunakan dalam senarai pemilihan permainan yang membantu untuk mengaitkan permainan tersebut.
Folder mods
Sebarang mods dan pek mods yang diperlukan untuk permainan mestilah dimasukkan ke dalam folder ini. Pastikan setiap kebergantungan mods dipenuhi atau permainan tersebut akan runtuh.
Minetest akan mencari fail tekstur dengan nama yang tertentu. Sekiranya ia tidak dijumpai di dalam mana-mana folder tekstur mods, sejenis ralat akan dipaparkan dan imej semu akan dicipta.
crack_anylength.png
heart.png
player.png
player_back.png
Maklumat struktur folder dan fail di dalam subpermainan
Contoh ini mempunyai subpermainan asal Minetest Game (nama direktori “minetest_game”) dan Minimal development test (nama direktori “minimal”) dipasangkan serta menunjukkan struktur yang boleh dibuat dalam sebuah subpermainan ciptaan sendiri bernama “permainan_saya”:
games/ ├── minetest_game/ │ ├── game.conf │ ├── README.txt │ ├── menu/ │ │ ├── header.png │ │ └── icon.png │ └── mods/ │ ├── sesetengah_mods │ ├── sesetengah_mods_lain │ └── … ├── minimal/ │ ├── game.conf │ ├── menu/ │ │ ├── background.png │ │ ├── icon.png │ │ └── … │ └── mods/ │ ├── sesetengah_mods │ ├── sesetengah_mods_lain │ └── … ├── permainan_saya/ │ ├── game.conf │ ├── minetest.conf │ ├── README.txt │ ├── LICENSE.txt │ ├── menu/ │ │ ├── background.png │ │ ├── footer.png │ │ ├── header.png │ │ ├── icon.png │ │ ├── overlay.png │ │ └── … │ └── mods/ │ ├── LICENSE.txt │ ├── sesetengah_mods │ ├── sesetengah_mods_lain │ └── … └── subpermainan yang lain