Games/ms

From Minetest Wiki
< Games
Revision as of 08:55, 2 May 2017 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Added Malay translation (Menambah terjemahan bahasa Melayu))
(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • français • italiano • 日本語 • Bahasa Melayu


Dalam Minetest, sebuah subpermainan (juga dipanggil sebagai “permainan”) dicipta untuk menyediakan pengalaman bermain yang lengkap secara sedia ada dengan Minetest. Secara teknikalnya, ia adalah koleksi mods. “subpermainan” adalah istilah teknikal; selalunya sesebuah subpermainan boleh menjadi permainan lengkap, sebuah kotak pasir, sebuah teka-teki, sesuatu di tengah-tengah antara mereka, atau menjadi sesuatu yang sangat berbeza dari yang disangka. Selepas memasang Minetest, “Minetest Game” dan “Minimal development test” (Percubaan pembangunan minima) sepatutnya akan dipaparkan dalam menu utama Minetest. Apabila pemain memulakan sesebuah subpermainan, kesemua mods yang ada bersama permainan itu akan digunakan.

Tangkapan Layar

Untuk memberikan gambaran mengenai kepelbagaian subpermainan yang boleh dibuat dalam Minetest, disertakan galeri tangkapan layar daripada pelbagai subpermainan:

Template:Subgame gallery/ms

Mencari subpermainan

Tempat utama untuk mencari subpermainan adalah di dalam Forum Minetest. Hampir semua orang yang mencipta subpermainan akan menulis tentang subpermainan mereka di dalam aliran forum di bawah (semuanya dalam bahasa Inggeris):

Anda boleh juga melihat subpermainan dekat laman web lain sekiranya anda berasa susah untuk mencari di dalam forum. Namun begitu, halaman-halaman ini selalunya tidak lengkap.

Atas pelayan

Anda juga boleh “mencari” subpermainan dengan menyertai pelayan yang telah diubah dengan banyak. Walaupun kebanyakan pelayan mengehoskan Minetest Game atau (kemungkinan besar) permainan sama dengan perubahan mods, ada juga sesetengah pelayan yang mengehoskan subpermainan yang lain. Dengan cara Minetest dibuat, setiap pelayan boleh menjadi sangat unik. Menyertai sebuah pelayan adalah cara yang bagus untuk melihat subpermainan yang boleh dimainkan melalui Minetest dengan segera tanpa perlu memasang subpermainan secara manual.

Contoh subpermainan

Artikel utama: Senarai subpermainan

Ini adalah subpermainan asal dalam Minetest. Ianya sebuah kotak pasir mudah tanpa sebarang arah tuju. Ia mempunyai beberapa biom untuk diterokai, 6 bijih untuk dilombong, sebuah sistem perladangan yang mudah dengan 2 tumbuhan yang boleh ditanam, pokok yang berbeza, dan banyak lagi. Anda boleh menggunakan bot dan pedati untuk bergerak lebih laju. Tidak ada sebarang haiwan atau musuh janaan komputer, jadi permainanya agak aman damai. Ia mempunyai semua jenis blok dan item serta kebanyakan benda lain yang anda boleh jumpa dalam wiki ini.

Gabungan “kotak pasir voksel” dan genre permainan lakon peranan yang mengambil tempat dekat kawasan Middle Earth dalam kisah triologi Lord of the Rings oleh J. R. R. Tolkien.

Sebuah simulasi berdekatan planet Zuhal (Saturn). Anda mengawal sebuah kapal angkasa kecil dan boleh terbang dalam kesemua tiga dimensi (sama seperti dalam angkasa) dan melombong bijih dekat asteroid, membuat penghantaran pakej di antara stesen angkasa yang berbeza, tatar (upgrade) kapal anda atau melawan musuh. Ianya sangat berbeza daripada subpermainan yang lain.

Ini adalah sebuah lagi permainan yang kebanyakannya kotak pasir, tetapi lebih mencabar daripada yang lain. Anda bermula dekat hed planet penuh dengan gunung api beserta lautan lava yang luas dan pembentukan rupa bumi yang tandus. Pergi melombong dan gunakan kemahiran pertukangan dan pembinaan untuk menukarkan tanah tersebut menjadi kawasan tempat tinggal yang indah.

Subpermainan ini bukannya untuk dimainkan, tetapi hanya untuk tujuan percubaan dan pembangunan. Ia bukanlah permainan.

Sila lihat Forum Minetest untuk senarai subpermainan yang lebih lengkap.

Memasang subpermainan

Kebiasaannya subpermainan diedarkan dalam arkib Zip (format arkib lain seperti .tar.gz pun boleh digunakan). Ikut langkah berikut untuk memasang subpermainan daripada arkib:

  • Dapatkan arkib yang mengandungi subpermainan yang anda mahukan
  • Ekstrak (atau nyahzip) arkib tersebut ke dalam sub-direktori Minetest yang bernama games. Lokasi direktori ini bergantung kepada sistem pengoperasian anda:
    • GNU/Linux: $HOME/.minetest/games, di mana “$HOME” merujuk kepada direktori rumah anda.
    • Mac OS: $HOME/.minetest/games, di mana “$HOME” merujuk kepada direktori rumah anda.
    • Windows: ke dalam folder games yang dijumpai dalam folder atur cara utama di mana anda telah pasangkan Minetest. Ianya folder yang mempunyai folder lain seperti bin (yang kemudiannya mempunyai minetest.exe), builtin, client, doc, fonts, games, locale, mods, textures, dll.

Subpermainan sepatutnya telah dipasang dan akan dipaparkan selepas anda memulakan semula Minetest.

Sekarang subpermainan baru anda telah dijumpai dan dipaparkan dalam Minetest. Anda boleh memilih subpermainan baru dalam mod pemain perseorangan dengan menekan salah satu ikon di bahagian bawah atau dengan mencipta dunia baru.

Pencarisilapan

Untuk membantu anda mencari lokasi yang betul, disertakan contoh senarai direktori untuk membantu anda pastikan subpermainan telah dipasangkan ke dalam direktori yang betul. Dalam rajah ini, direktori subpermainan adalah “<SUBPERMAINAN>”. Setelah dipasang dengan betul, pepohon direktori patut kelihatan lebih kurang sama seperti ini (ambil perhatian bahawa sesetengah fail dan direktori hanyalah pilihan dan mungkin tidak ada, tetapi kesemua direktori mestilah berada dalam kedudukan yang betul dalam pepohon sekiranya ada):

minetest/
├── bin/
├── builtin/
├── (direktori lain yang tidak menarik)
├── games/
│   ├── <SUBPERMAINAN>
│   │   ├── mods/
│   │   │   └── (selalunya ada banyak direktori mod)
│   │   ├── menu/
│   │   │   └── (beberapa fail PNG)
│   │   └── game.conf
│   └── <SUBPERMAINAN YANG LAIN>
        └── (direktori yang sama seperti subpermainan di atas)

Ambil perhatian bahawa nama direktori subpermainan tidak perlu dikisahkan; anda boleh juga menukar nama selepas pemasangan awal. Namun menamakan semula direktori subpermainan selepas bermain tidak digalakkan kerana Minetest tidak akan jumpa dunia yang telah dimainkan untuk subpermainan tersebut.

Anda juga boleh menggunakan pemboleh ubah persekitaran MINETEST_SUBGAME_PATH untuk mentakrifkan lokasi direktori games, tetapi selalunya benda ini tidak diperlukan.

Mencipta subpermainan

Subpermainan Minetest ada di dalam subdirektori games/. Untuk mencipta sebuah subpermainan yang baru, ciptakan folder baru dalam direktori ini dengan nama tanpa selang (gunakan garis bawah "_" untuk menggantikan selang jika mahu). Dalam folder ini, cipta dua buah folder dan dua buah fail.

  • Folder mods/ di mana mods untuk subpermainan, iaitu kandungan sebenar, akan dimasukkan.
  • Folder menu/ yang memegang beberapa benda diperlukan untuk menu utama Minetest.
  • Fail game.conf yang digunakan untuk mentakrifkan nama subpermainan yang akan dipaparkan dalam menu utama Minetest. Buka fail ini dengan penyunting teks dan masukkan satu baris: "name = letakkan nama subpermainan anda"
  • Anda boleh pilih untuk menyertakan juga fail minetest.conf yang membolehkan anda menetapkan pilihan yang Minetest akan gunakan. Fail ini boleh mengatasi beberapa pilihan lalai yang ada.

Sebarang fail dan folder yang lain tidak akan dipedulikan oleh Minetest. Namun anda disyorkan untuk memasukkan fail readme.txt untuk menjelaskan subpermainan dan menulis nama pencipta bersama versi terbitan.

Folder menu

Folder menu membolehkan anda menyediakan imej yang akan digunakan dekat menu utama.

  • background.png, jika ada, akan digunakan sebagai latar belakang menggantikan animasi awan yang asal. Imej ini akan disaiz semula untuk meliputi keseluruhan tetingkap Minetest.
  • header.png, jika ada, akan menunjukkan imej pengepala, selalunya berupa tulisan yang digayakan, di hadapan latar belakang.
  • icon.png adalah imej bersaiz 48² piksel yang akan digunakan dalam senarai pemilihan permainan yang membantu untuk mengaitkan permainan tersebut.

Folder mods

Sebarang mods dan pek mods yang diperlukan untuk permainan mestilah dimasukkan ke dalam folder ini. Pastikan setiap kebergantungan mods dipenuhi atau permainan tersebut akan runtuh.

Minetest akan mencari fail tekstur dengan nama yang tertentu. Sekiranya ia tidak dijumpai di dalam mana-mana folder tekstur mods, sejenis ralat akan dipaparkan dan imej semu akan dicipta.

  • crack_anylength.png
  • heart.png
  • player.png
  • player_back.png

Maklumat struktur folder dan fail di dalam subpermainan

Contoh ini mempunyai subpermainan asal Minetest Game (nama direktori “minetest_game”) dan Minimal development test (nama direktori “minimal”) dipasangkan serta menunjukkan struktur yang boleh dibuat dalam sebuah subpermainan ciptaan sendiri bernama “permainan_saya”:

    games/
    ├── minetest_game/
    │   ├── game.conf
    │   ├── README.txt
    │   ├── menu/
    │   │   ├── header.png
    │   │   └── icon.png
    │   └── mods/
    │       ├── sesetengah_mods
    │       ├── sesetengah_mods_lain
    │       └── …
    ├── minimal/
    │   ├── game.conf
    │   ├── menu/
    │   │   ├── background.png
    │   │   ├── icon.png
    │   │   └── …
    │   └── mods/
    │       ├── sesetengah_mods
    │       ├── sesetengah_mods_lain
    │       └── …
    ├── permainan_saya/
    │   ├── game.conf
    │   ├── minetest.conf
    │   ├── README.txt
    │   ├── LICENSE.txt
    │   ├── menu/
    │   │   ├── background.png
    │   │   ├── footer.png
    │   │   ├── header.png
    │   │   ├── icon.png
    │   │   ├── overlay.png
    │   │   └── …
    │   └── mods/
    │       ├── LICENSE.txt
    │       ├── sesetengah_mods
    │       ├── sesetengah_mods_lain
    │       └── …
    └── subpermainan yang lain