Item stack/ms
Bahasa: | English • Deutsch • français • Bahasa Melayu |
---|
Tindanan item (BI: item stack) merupakan koleksi pelbagai item daripada jenis yang sama. Semua jenis item mempunyai had tindanan, ianya mustahil untuk menindan mana-mana item melebihi had tindanan.
Kemunculan
Tindanan item boleh disimpan di dalam inventori dan boleh juga muncul dalam dunia itu sendiri.
Dalam inventori
Dalam inventori, tindanan item dilambangkan dengan sebuah ikon dan ada kalanya mempunyai nombor. Nombor tersebut menunjukkan saiz tindanan item. Sekiranya tiada nombor, saiznya ialah 1. Sila rujuk kawalan inventori untuk arahan penggunaan tindanan item di dalam inventori.
Dalam dunia
Dalam dunia, tindanan item dilambangkan dengan simbol tertentu. Untuk blok-blok, ikonnya berupa blok versi mini yang berputar. Secara asasnya, semua tindanan item dilambangkan dengan ikon inventori. Tindanan item boleh muncul untuk beberapa sebab dalam dunia: Anda jatuhkannya, anda cuba untuk menggali sesuatu tetapi inventori anda penuh dan juga beberapa sebab yang lain. Jika anda melihat tindanan item dalam dunia, anda boleh mengutipnya dengan menekan kekunci serang (selalunya butang tetikus kiri) dekat tindanan item tersebut. Ia kemudiannya akan muncul di dalam inventori pemain sekiranya ada ruang kosong. Dalam dunia, sebarang tindanan item muncul seolah-olah ianya hanya satu item. Ianya mustahil untuk melihat saiz sesebuah tindanan item sehingga anda mengutipnya.
Tindanan item dalam Minetest Game
Semua alatan dan senjata mempunyai had tindanan bersaiz 1. Semua item yang lain mempunyai had tindanan bersaiz 99.
Tindanan item dalam subpermainan lain
Permainan-permainan lain boleh menetapkan had tindanan secara bebas untuk semua item. Selalunya ia ditetapkan kepada 99 untuk item biasa dan 1 untuk alatan. Kemungkinan besar ianya tidak digalakkan untuk alatan mempunyai had tindanan yang berbeza sekiranya penetapan tersebut tidak mustahil dibuat.