Water/ms
Bahasa: | English • Deutsch • français • Bahasa Melayu |
---|
Air | |
---|---|
Sebuah blok dalam Minetest Game | |
Jenis | Cecair |
Menjatuhkan | Tiada apa-apa |
Ikut Fizik | Tidak |
Bercahaya | Tidak |
Boleh Dibakar | Tidak |
Blok Dijana | Ya |
Boleh Diperbaharui | Ya |
Boleh Ditindan | Ya (99) |
Rentetan Item | default:water_source |
Air (BI: Water) adalah blok cecair yang boleh diperbaharui dan hanya boleh diletakkan oleh pemain menggunakan baldi (atau sebagai blok sumber dalam mod kreatif).
Air adalah blok utama yang digunakan dalam penciptaan laut, air juga kadang-kadang wujud di dalam gua.
Pemain boleh berenang dalam air dan ini membolehkan pemain menggunakannya sebagai lif untuk bergerak ke atas dan bawah. Mob dan pemain boleh lemas di dalamnya; kelemasan menyebabkan tahap kesihatan kurang sebanyak setiap saat. Sekiranya air melanggar sumber lava, lava tersebut berubah menjadi obsidia, manakala air yang melanggar lava mengalir akan mencipta batu.
Air boleh mengalir dalam sesuatu jarak sehingga 8 blok jauhnya. Air sungai pula cecair lain yang serupa dengan air, tetapi perbezaan utamanya air sungai hanya boleh mengalir sehingga 2 blok jauhnya.