Troubleshooting/ms

From Minetest Wiki
< Troubleshooting
Revision as of 14:21, 27 May 2017 by MrIbby (talk | contribs) (MrIbby moved page Help:Troubleshooting/ms to Troubleshooting/ms: "Help" namespace is reserved for wiki help)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • français • italiano • 日本語 • Bahasa Melayu


Halaman ini menyenaraikan masalah teknikal yang sering dialami seperti keruntuhan dan mesej-mesej ralat (diletakkan dalam tanda petikan) serta penyelesaian atau penjelasan yang mungkin boleh membantu. Untuk soalan-soalam umum, sila lihat halaman soalan sering ditanya.

Untuk maklumat berkaitan cara untuk melaporkan pepijat, sila baca halaman Bantuan:Melaporkan pepijat.

Grafik dan bunyi

Skrin terlalu gelap

Jika dirasakan skrin terlalu gelap, anda boleh melaraskan gama kepada nilai yang lebih selesa. Asalnya, ia ditetapkan kepada 1.8 daripada nilai-nilai sah antara 1.0 hingga 3.0, dengan nombor rendah adalah lebih cerah.

Untuk menukar gama paparan, buka fail minetest.conf anda dan tambah baris

 display_gamma = 1.0

Jika 1.0 itu terlalu terang, cuba gantikan nombor 0 dengan nombor lain di bawah 8 untuk melaras kecerahan dengan lebih lanjut.

Sekiranya skrin masih kelihatan gelap, tidak ada penyelesaian mudah yang lain, selain daripada mengubah tetapan paparan anda. Jika tiada apa yang lain berjaya dilakukan dan anda masih ingin menaikkan kecerahan, anda perlu menyunting fail teks. Cara ini hanya berkesan sekiranya pembayang dibolehkan. Buka (direktori Minetest)/client/shaders/nodes_shader/opengl_vertex.glsl menggunakan penyunting teks, pergi ke baris 80 dan tukarkan baris ini:

vec4 base = texture2D(baseTexture, uv).rgba;

dengan:

vec4 base = texture2D(baseTexture, uv).rgba;
float factor = 1.2;
color.r *= factor;
color.g *= factor;
color.b *= factor;

Anda boleh cuba nilai lain daripada 1.2, lebih tinggi nilai maka lebih cerah jadinya.

Semua benda dalam permainan berwarna pelik (terutamanya merah), nampak macam pelangi, boleh melihat melalui benda

Tutup pembayang. Pembayang tidak disokong oleh kad grafik anda.

Tiada bunyi apabila bermain dekat Windows

Anda perlu muat turun OpenAL untuk memainkan bunyi apabila bermain dekat Windows (fail yang diperlukan adalah oalinst.exe, anda perlu melakukan atur cara setelah selesai muat turun. Pengguna Firefox dan Chrome mungkin perlu pilih untuk simpan fail (save file) atau muat turun dahulu (keep download), pengguna Internet Explorer hanya perlu tekan butang jalankan (run). Pelayar yang lain mungkin sama atau berbeza. Jika sesuatu pelayar gagal muat turun, cuba pelayar yang lain.)

Mesej ralat tanpa keruntuhan

“Unsupported texture format”

Jika bermain dalam bahasa Melayu, ianya dipaparkan sebagai “Format tekstur tidak disokong”.

Jangan risau, ini perkara biasa. Minetest masih lagi terus berfungsi.

“Generating dummy image for […].png”

Jika bermain dalam bahasa Melayu, ianya dipaparkan sebagai “Menjana imej semu untuk […].png”.

Ini bermakna terdapat mods yang rosak atau pek tekstur tidak membekalkan imej untuk sesuatu objek. Minetest masih lagi terus berfungsi, tetapi objek yang dinyatakan akan menggunakan imej pengganti (iaitu imej semu, “dummy image”); warnanya dijana secara rambang. Perkara ini patut dilaporkan kepada penerbit mods atau pek tekstur.

"ERROR: No world name given or no game selected" in create world

Jika bermain dalam bahasa Melayu, ianya dipaparkan sebagai “RALAT: Nama dunia tidak diberi atau tiada permainan dipilih” ketika mencipta dunia

Anda perlu pilih nama permainan di dalam kotak senarai di dalam dialog mencipta dunia.
Sebelum mengklik "New" (atau "Baru") untuk mencipta dunia baru, sila pilih ikon di bahagian bawah ! (anda perlu pilih)
- Logo minetest ( Minetest Worlds / Dunia Minetest )
- Koordinat Cartes ( Minimal Development Test - Worlds / Percubaan Pembangunan Minima - Dunia)
Mungkin terdapat lebih banyak ikon sekiranya anda memasang banyak subpermainan.

Keruntuhan

Semua tajuk subseksyen dalam tanda petikan di sini adalah mesej ralat yang dipaparkan ketika Minetest runtuh.

Sebarang sistem pengoperasian

“Minetest can not load […]/init.lua”

Jika bermain dalam bahasa Melayu, ianya dipaparkan sebagai “Minetest tidak boleh memuatkan […]/init.lua”

Ini selalunya terjadi apabila folder mods dinamakan secara salah. Contohnya, mods yang dimuatturun daripada GitHub selalunya mempunyai akhiran "-master" ditambah kepada nama folder, spt. "namamods-master". Hanya padamkan akhiran "-master" daripada nama folder dan cuba lagi. Kadang-kadang, penulis mods juga menambah nombor versi kepada nama folder, contohnya "namamods-v2.0". Keluarkan nombor versi seperti "-v2.0" daripada nama folder dan cuba lagi. Jika anda tidak pasti nama mods yang sebenar, cuba cari halaman forum mods tersebut dan lihat nama yang diletakkan dalam kurungan petak [ ] dekat tajuk forumnya. Jika langkah-langkah yang dinyatakan semuanya tidak membantu, mungkin terdapat masalah dengan mods itu sendiri. Laporkan ralat kepada pemilik mods dekat halaman forum mods, atau kepada halaman Github mods tersebut jika ada. Dalam laporan anda, tampalkan salinan daripada seksyen dalam dalam fail debug.txt yang bermula dengan "=====ERROR FROM LUA=====" (atau "=====RALAT DARIPADA LUA====="), jika ada.

“Assertion '0' failed”

Jika bermain dalam bahasa Melayu, ianya dipaparkan sebagai “Penerapan '0' gagal”

Ini kebiasaannya ralat dalam mods. Laporkan kepada pengaturcara mods. Untuk mengetahui nama mods, lihat pada teks ralat betul-betul di atas ayat tadi yang memberikan laluan kepada fail init.lua untuk mods tersebut.

 ERROR: An unhandled exception occurred: LuaError: error: mods/minetest/<namamod>/init.lua:69: [...]

ATAU

 RALAT: Pengecualian tidak dapat dikawal telah berlaku: LuaError: ralat:

mods/minetest/<namamod>/init.lua:69: [...]

“ServerEnvironment::loadMeta(): EnvArgsEnd not found”

Jika bermain dalam bahasa Melayu, ianya dipaparkan sebagai “ServerEnbironment::loadMeta(): EnvArgsEnd tidak dijumpai”

Ini bermakna fail env_meta.txt di dalam folder dunia anda telah tercemar. Memandangkan ia tidak mempunyai sebarang maklumat penting, anda boleh padamkan fail tersebut dan biarkan Minetest mencipta semula fail tersebut secara sendirinya.

Windows

“MSCP2010.dll is not found” (atau yang serupa dengannya)

Jika guna Windows dalam bahasa Melayu, ia dipaparkan sebagai “MSCP2010.dll tidak dijumpai” (atau yang serupa dengannya)

Hal ini kerana Microsoft C++ Redistribute Package 2010 tidak terpasang. turun

Minetest tidak boleh dimulakan

Jika ia berhenti berjalan sebelum tetingkap utama dibuka, dan tidak ada sebarang mesej ralat di dalam fail debug.txt, maka cuba mulakan semula komputer anda. (kadang kala ia runtuh dengan ralat 0x00005, ini disebabkan oleh pengemaskinian Windows.) Anda boleh mencari mesej ralat di dalam fail debug.txt atau mencari artikel yang berkaitan di dalam forum menggunakan bahasa Inggeris.

“what()=Access Violation”

Jika guna Windows dalam bahasa Melayu, ia dipaparkan sebagai “what()=Pencabulan Akses”.

Ini disebabkan oleh pemacu Direct3D. Untuk membaikinya, pergi ke fail minetest.conf dan cari:

 video_driver = direct3d9

lalu tukarkannya menjadi:

 video_driver = opengl