FAQ/ms

From Minetest Wiki
< FAQ
Revision as of 09:53, 15 April 2018 by Muhdnurhidayat (talk | contribs) (Update translation)
Jump to navigation Jump to search
Languages Bahasa: English • français • Bahasa Indonesia • 日本語 • Bahasa Melayu • 中文(简体)‎

Ini koleksi soalan yang sering ditanya berkaitan Minetest. Untuk masalah teknikal, sila rujuk di halaman Pencarisilapan.

Soalan Umum

Di mana saya boleh tanya soalan?

Di saluran IRC dan juga dalam Forum. Forum bahasa Melayu sedang diusahakan dan menunggu kelulusan. Anda juga disyorkan untuk mencari arkib, kemungkinan kebanyakan soalan telah pun dijawab sebelum ini.

Bagaimanakah cara untuk memasang permainan, mods, peta dan pek tekstur?

Sila lihat Memasang Permainan, Memasang Mods, Memasang Peta, dan Memasang Pek Tekstur.

Bilakah versi Minetest / Minetest Game seterusnya akan diterbitkan?

Kami tidak tahu.

Bagaimanakah cara untuk mengemaskini Minetest?

Cara yang paling senang adalah dengan memuat turun versi terbaru dan pindahkan dunia serta mods anda ke dalam versi yang baru. Bergantung kepada sistem pengoperasian anda, mungkin terdapat cara lain untuk mengemaskini permainan. Jika anda menggunakan versi Git, anda boleh mengklon repositori dan tarik serta kompil setiap kali anda ingin kemaskini.

Apakah permainan yang berbeza dan bagaimana cara untuk memasangnya?

Dalam pemasangan yang baharu, anda patut ada permainan bernama Minetest Game (ini permainan asal), jika anda tidak ada permainan ini, sila muat turun dari GitHub. Permainan bernama “Minimal development test” (Percubaan pembangunan minima) hanyalah untuk kegunaan pembangun-pembangun dan ia tidak diterbitkan untuk dimainkan oleh orang biasa. Anda boleh cari beberapa permainan lain (Permainan) dalam forum dan dalam Senarai Permainan. Untk memasangnya, ekstrak pek dan namakan semula folder tersebut menjadi nama permainan (cth. “minetest_game-master” menjadi “minetest_game”), kemudian salin folder tersebut masuk ke folder bernama “games”. Untuk maklumat lanjut tentang Permainan, sila baca Permainan.

Bagaimana cara untuk mendapatkan akaun pemain ramai?

Tidak ada akaun pemain ramai yang sah secara global dalam Minetest. Untuk setiap pelayan yang berbeza, anda boleh menggunakan nama dan kata laluan yang berbeza. “Akaun” dicipta pada log masuk yang pertama. Dengan cara ini, hanya anda yang boleh mengakses pemain dan inventori anda pada pelayan tertentu. Anda juga boleh main pemain perseorangan tanpa memerlukan sebarang nama pengguna dan kata laluan.

Bagaimana cara untuk mendapatkan akaun Wiki Minetest?

Dengan memintanya dekat https://forum.minetest.net/viewtopic.php?f=3&t=10473.

Peristilahan

Apakah itu Minetest?

Minetest itu sebuah enjin permainan perisian bebas yang berasaskan voksel (BI: Voxel). Perihal yang lebih lanjut boleh dijumpai di Minetest.

Minetest selalunya diedarkan bersama permainan gaya kotak pasir yang mudah secara asasnya: Minetest Game.

Apakah itu mods?

Sila lihat Mods.

Apakah itu Permainan?

Sila lihat Permainan.

Apakah itu subpermainan?

“Subpermainan” ialah perkataan lama untuk “permainan”. Penggunaan perkataan ini tidak digalakkan. Lihat Permainan untuk maklumat lanjut.

Apakah itu pek tekstur?

Sila lihat Pek Tekstur.

Apakah itu mob?

Sila lihat Mob.

Apakah itu Minetest Game?

Minetest Game itu Permainan untuk Minetest. Ia selalunya didatangkan bersama-sama dengan Minetest.

Apakah itu minetest_game?

“minetest_game” itu nama (dalaman) yang lama untuk Minetest Game. Nama ini kadang-kadang masih digunakan dalam pos forum dan sembangan, tetapi nama ini sudah tidak rasmi.

Pelayan

Bagaimanakah cara untuk membuat pelayan?

Sila lihat Membuat pelayan dan Pelayan.

Bagaimanakah cara untuk menggunakan perintah XYZ?

Sila lihat Perintah pelayan.

Cara Permainan

Umum

Apakah kawalan permainan ini?

Sila lihat Kawalan.

Berapa besarkah petanya?

Ia bukanlah tiada had. Setakat versi 0.4.10, petanya sebuah kiub dengan panjang setiap sisi 61840 nod. Oleh itu, petanya mempunyai isi padu yang sama dengan 618403 nod = 236,487,637,504,000 nod. Koordinat pula daripada −30912 sehingga 30927 dalam semua arah.

Lihat juga Koordinat dan Sempadan dunia.

Bagaimanakah cara untuk mencari semula rumah saya?

Minetest akan menjana sebuah fail bernama “debug.txt” secara automatik di laluan minetest/bin di mana anda boleh jumpa banyak tulisan di dalamnya. Skrol sehingga ke bahagian terbawah dan cari ayat seperti

singleplayer digs node * […]

Cuba untuk teleport ke posisi yang anda lihat pada ayat tersebut sehingga anda jumpa rumah anda:

/teleport x,y,z

Juga lihat Perintah pelayan.

Dalam Minetest Game, anda boleh mengelak daripada tersesat lagi jika anda menggunakan perintah /sethome di rumah untuk simpan kedudukan rumah anda dan menggunakan perintah /home untuk teleport semula ke situ.

Nota: Teleportasi memerlukan keistimewaan “teleport”.

Bagaimanakah cara untuk tetapkan titik permulaan saya?

Jika anda bermain Minetest Game, anda boleh membina katil dan tidur pada waktu malam. Dalam kehidupan seterusnya, anda akan bermula dekat katil anda.

Untuk Permainan lain, ada dua penyelesaian yang diketahui:

Cara yang pertama melibatkan penambahan mods istimewa kepada dunia anda seperti yang dijelaskan di sini: https://forum.minetest.net/viewtopic.php?p=70904#p70904

Cara yang kedus: Sunting fail minetest.conf anda dan tetapkan static_spawnpoint kepada koordinat yang anda mahu bermula (Contoh: static_spawnpoint = (4,5,6)). Namun begitu, tetapan ini akan digunakan untuk kesemua dunia anda!

Bagaimanakah cara untuk meningkatkan kecerahan?

Sila lihat Skrin Terlalu Gelap.

Bagaimanakah cara untuk terbang?

Untuk terbang, anda perlukan keistimewaan “terbang”. Anda boleh berikan keistimewaan itu kepada diri sendiri menggunakan perintah:

/grantme fly

Ini akan sentiasa berjaya dalam mod pemain perseorangan; dalam permainan pemain ramai, anda perlukan keistimewaan “istimewa” dahulu. Jika anda tidak dapat memperoleh keistimewaan “terbang” dengan cara itu, anda perlu memintanya daripada salah seorang pengelola pelayan. Mereka mempunyai hak untuk menolak permintaan keistimewaan tersebut.

Jika anda mempunyai keistimewaan “terbang”, bolehkan mod terbang dengan menekan kekunci K, tekan K lagi untuk melumpuhkan mod tersebut. Anda boleh terbang naik dengan kekunci lompat (asalnya: selang) dan terbang turun dengan kekunci selinap (asalnya: shift).

Lihat juga: Mod terbang

Bagaimanakah cara untuk bergerak pantas?

Ini lebih kurang macam terbang sebelum ini. Umumnya: Anda perlukan keistimewaan “pergerakan pantas” untuk membolehkan anda menggunakan mod pergerakan pantas. Jika anda mempunyai keistimewaan ini, tekan J untuk membolehkan atau melumpuhkan mod pergerakan pantas. Apabila mod pergerakan pantas dibolehkan, tekan E untuk bergerak lebih pantas.

Lihat Mod pergerakan pantas.

Kenapa saya tak jumpa mods default atau wool atau fire?

Sesetengah mods mungkin bergantung kepada mods tersebut. Mods-mods itu sebahagian daripada Minetest Game dan tidak dicipta untuk dipasang sebagai mods yang berasingan. Untuk mods yang bergantung kepada mereka contohnya kepada mods default untuk berfungsi, maka anda perlu menggunakan Minetest Game.

Minetest Game

Bagaimanakah cara blok/tumbuhan XYZ berfungsi?

Sila rujuk Blok.

Bagaimanakah caranya item/alatan/senjata XYZ berfungsi?

Sila rujuk Item.

Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan XYZ?

Sila rujuk Blok atau Item dan tekan pautan dari situ ke blok atau item yang anda ingin hasilkan; halaman yang sepadan mengandungi arahan untuk menghasilkannya.

Anda juga boleh memasang panduan pertukangan untuk melihat semua resipi penghasilan.

Anda perlu tahu bahawa bukan semua benda boleh dihasilkan.

Adakah terdapatnya mob?

Tidak, dan kemungkinan besar yang ianya tidak akan ditambah masuk dalam masa yang terdekat. Namun, terdapatnya mods untuk menambah mob.

Kenapa saya tak jumpa kurungan bawah tanah/hutan?

Kemungkinan kerana tetapan mereka telah dilumpuhkan dalam tatarajah anda. Anda boleh membolehkan mereka dengan menambah “v6_jungles, dungeons” kepada mg_flags di dalam fail minetest.conf anda. Ini membolehkan penjanaan kurungan bawah tanah/hutan yang dicipta selepas pembolehubah bertukar. Cuba gali lebih mendalam atau cari lubang yang besar di bawah tanah.

Bagaimanakah cara untuk membuka atau menutup pintu?

Anda mestilah guna mereka dengan butang tetikus kanan. Lihat juga: Guna.

Untuk pemain Minecraft

Adakah terdapatnya meja pertukangan?

Dalam Minetest Game: Tidak. Anda tidak perlukannya. Anda sudah pun mempunyai grid pertukangan bersaiz 3 × 3 di dalam menu inventori (→ Crafting/ms#Grid_pertukangan_dan_slot_output).

Apakah Minetest / Minetest Game itu boleh menjadi berbeza?

Perbezaan dari Minecraft

Bagaimanakah cara untuk buatkan Minetest jadi hampir sama dengan Minecraft?

Cara yang paling mudah adalah dengan memasangkan Permainan yang mirip Minecraft. Contohnya termasuklah:

Lihat juga di Senarai Permainan dan lihat pada jadual untuk Permainan dengan lajur “Jenis” bertulis “Klon-MC”.

Jika anda hanya ingin menambah Minetest Game dengan beberapa mods yang menambah sedikit fungsi Minecraft, maka lihat perbezaan antara Minetest dan Minecraft.

Pembuatan Mods

Sila lihat FAQ Pembuatan Mods dalam Wiki Pembangunan Minetest.

Masalah teknikal

Saya ada masalah teknikal, bagaimana cara untuk membaiki ini?

Sila lihat Pencarisilapan.

Saya mendapat mesej amaran atau ralat, apakah maksudnya?

Sila lihat Mesej ralat tanpa runtuh.