Batu Karang (BI: Corals) ialah tumbuhan berbongkah penuh yang boleh dijumpai di terumbu karang yang terjadi dalam kawasan air cetek (antara kedalaman Y=-2 dan Y=-8) bercuaca panas, iaitu di biom lautan gurun, lautan savana dan lautan hutan hujan. Batu karang mudah pecah. Apabila ianya digali atau dibiarkan bersentuhan dengan udara, mereka akan mati dan menjadi Rangka Karang. Terdapat dua jenis batu karang, iaitu Batu Karang Perang (BI: Brown Coral) dan juga Batu Karang Jingga (BI: Orange Coral). Batu karang boleh digali menggunakan beliung.
Jenis batu karang
Sebuah terumbu karang dalam Minetest Game 0.4.15