Itemstrings/ms
Bahasa: | English • Deutsch • français • italiano • Bahasa Melayu |
---|
Rentetan Item (BI: Itemstrings) itu nama dalaman untuk item, blok, nod (semua benda yang boleh disimpan di dalam inventori).
Sintaks
Rentetan item yang biasa mempunyai nama mods yang membekalkan item tersebut diikuti oleh tanda titik bertindih “:” dan diikuti pula nama item. Kesemua rentetan item sensitif terhadap huruf yang digunapakai.
<nama_mod>:<nama_item>
Contohnya:
default:torch
— Obor atau nama asalnya torch (daripada mods “default”)default:dirt
— Tanah atau nama asalnya dirt (daripada mods “default”)farming:bread
— Roti atau nama asalnya bread (daripada mods “farming”)wool:orange
— Bulu biri-biri berwarna jingga atau nama warna asalnya orange (daripada mods “wool”)screwdriver:screwdriver
— Pemutar skru atau nama asalnya screwdriver (daripada mods “screwdriver”)
Terdapat juga rentetan item yang tidak mengikut peraturan sintaks, lihat #Rentetan item istimewa.
Kegunaan
Rentetan item boleh digunakan sebagai argumen-argumen yang digunakan untuk perintah pelayan /give
dan /giveme
.
Contohnya: /giveme default:torch
— memberikan diri sendiri sebatang obor.
Rentetan item istimewa
Terdapat rentetan item yang tidak mengikut peraturan sintaks yang biasa digunakan. Rentetan-rentetan item ini akan sentiasa wujud, tanpa mengira mods mana yang diaktifkan:
air
— digunakan untuk Udara (bukannya air)ignore
— sila lihat Abaiunknown
— digunakan untuk mewakili item tidak diketahui (disebabkan oleh ralat dll.)